News & Events



INFAQ RAMADAN 1443H OLEH MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD


1 April 2022 - Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan 1443H, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, En. Nizran Noordin dan barisan pengurusan tertinggi Majuperak telah berbesar hati turun padang di kawasan berdekatan Kolam Air Panas, Mukim Slim River Daerah Muallim bagi mengeratkan silaturrahim bersama penduduk setempat dengan menghulurkan sumbangan berbentuk kotak makanan pada hari Jumaat, 1 April 2022.

Sebanyak 27 kotak makanan berisi keperluan asas seperti beras, gula, minyak, susu, buah kurma dan sebagainya telah diagihkan dari rumah ke rumah oleh En. Nizran sendiri. Semoga penduduk setempat tersebut dipermudahkan urusan mereka dalam persiapan memasuki bulan Ramadan, Insya-Allah.

Di samping itu, En. Nizran juga berkesempatan untuk menginfak para peniaga di Bazar Ipoh serta Masjid Sg. Rokam dan Masjid Kg Melayu dengan pemberian buah kurma sebagai salah satu hidangan wajib juadah berbuka puasa seperti dituntut dalam amalan pemakanan sunnah Rasulullah S.A.W untuk dinikmati oleh para jemaah dan seisi keluarga.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berinfaq (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan. Sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.” (Riwayat Al-Bukhari - 1897 dan Muslim - 1705)

Visit Instagram


>Back to News