News & Events



LAWATAN TAPAK DI BAZAR IPOH OLEH KPJ HEALTHCARE BERHAD (WILAYAH UTARA)


Lawatan Tapak ke Bazar Ipoh oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Healthcare Berhad (Wilayah Utara), En. Roslan bin Ahmad telah diadakan pada hari ini, 13 Januari 2023. Turut serta dalam lawatan ini, En. Muhammad Iqbal Ibrahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Ambulatory Care Center(KPJ ACC) bersama beberapa kakitangan yang lain. Ketua Pegawai Eksekutif Majuperak Holdings Berhad (MHB) iaitu Tn. Syed Agil bin Syed Hisham, Ketua Pegawai Kewangan, En. Ahmad Izral bin Abdul Karim bersama kakitangan dari Pengurusan Aset & Fasiliti MHB telah mengiringi pihak KPJ Healthcare Berhad melawat tapak di premis Bazar Ipoh. Pihak KPJ Healthcare Berhad telah menyatakan minat untuk menubuhkan pusat penjagaan ambulatori di premis tersebut. Lawatan kemudiannya disambung dengan perbincangan selanjutnya.

Visit Instagram


>Back to News