KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT EXCO INFRASTRUKTUR, TENAGA, AIR & PENGANGKUTAN AWAM (INTAP) NEGERI PERAK.
Satu sesi kunjungan hormat ke atas YB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin selaku Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak (INTAP) telah diadakan pada 20 Januari 2023 bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Dalam kunjungan tersebut, Tn. Syed Agil bin Syed Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MHB memperkenalkan beberapa projek yang sedang diusahakan oleh Jabatan Pembangunan Hartanah dan Infrastruktur MHB. Beliau juga memberi cadangan untuk membuka laluan masuk ke Bazar Ipoh (Silveritage) dari lampu isyarat Medan Gopeng dan membincangkan beberapa hal berkaitan operasi MHB di Bazar Ipoh. YB Nizar pula memaklumkan bahawa beliau ada menerima beberapa cadangan dari masyarakat tempatan utk membuka semula operasi perhentian bas di Bazar Ipoh (hub arah selatan) sepertimana sebelum ini.
Turut bersama dalam sesi kunjungan tersebut ialah En Helmy Iskandar bin Nofan, Pengurus Besar, Pembangunan Hartanah dan Infrastruktur dan En Ahmad Shahril Zam Zam Amin Pengurus Kanan Pembangunan Hartanah dan Infrastruktur, MHB.
Visit Instagram