Selaras dengan mesyuarat ini, kedua pihak menandatangani Perjanjian Kontrak Sare untuk projek tersebut.
Perjanjian ini merupakan langkah penting dalam mempastikan perlaksanaan pemasangan sistem Solar program NEM.
Program Net-Energy Metering (NEM) 3.0 ini memboleh kan pemilik bangunan, seperti masjid, untuk memasang panel solar di bangunan mereka dan menghasilkan tenaga elektrik sendiri dari matahari. Tenaga yang dijana akan diguna-pakai dahulu untuk sebagai sumber tenaga elektrik dan sebarang lebihan penjanaan akan dieksport ke grid dan dikreditkan kembali untuk kegunaan masa depan. Ini adalah cara yang yang baik untuk mengurangkan kos tenaga dan melibatkan komuniti tempatan dalam amalan mampan.
Projek pemasangan sistem solar di masjid-masjid ini di bawah program NEM adalah satu langkah penting dalam usaha menjana tenaga hijau dan mampan. Semoga dengan usaha ini dapat menginspirasi lebih banyak komuniti dan institusi untuk melibatkan diri dalam amalan-amalan yang berkesan untuk perlindungan alam sekitar.
MHB amat berbesar hati dengan jalinan usahasama bersama Maipk bagi melestarikan Bangunan-Bangunan masjid di Negeri Perak.